ilashukri.blogspot.com

Thursday 1 February 2018

[ Bab 25 ] Dia Bukan Skandal


“KITA nak pergi mana sebenarnya ni?” Akhirnya soalan itu keluar juga dari mulut Nurin Umaira, dia risau juga dia jika dibawa ke tempat yang tidak elok.

“Kita pergi Bukit Tinggi nak?”

“Tak nak.” Jawabnya sambil menggeleng. Bukit Tinggi dengan baju macam ni

“Habis nak pergi mana?

“Nak balik. Tak selesalah tak tukar..” Ayatnya tidak dihabiskan. Malu menyapa lagi.

“Kita singgah 7E, you belilah apa yang patut.”

“Saya tak ada duit dan saya perlukan toilet.”

“Kalau macam tu kita singgah mana-mana supermarket ya. Ke you nak jalan-jalan kat mall? I rindukan udara sejuk.”

Nurin Umaira pula yang naik segan bila Encik CEO asyik mengekorinya. Dan dia sangat tak kisah berada di kawasan lingerie, cuma adalah sesekali dia mengelak bila salesgirl mendekat.

“You beli yang disposal jer.”

“Awak ni macam biasa jer beli?” Nurin Umaira dah cekak pinggang. Bukan susah nak memandang Encik CEO walaupun dia seorang yang tinggi. Mereka berjarak sejengkal ketinggian.

“Biasa, tapi lelaki punya. Kalau pergi travel I beli yang macam tu.”

“Duduk sana dulu boleh tak? Malulah ikut saya sana-sini.”

“Kata future husband, salah ke I nak tau baju you size apa. Next time I dah boleh beli siap-siap letak kat rumah.”

“Duduk sana, kalau tak saya balik.”

“Buat muka garang macam tu rasa macam nak peluk-peluk jer. Beli lebih sikit, buat stok petang ke esok ke. Okay nak bayar nanti cari I.”

Sepanjang hari itu mereka menghabiskan masa bersama. Sarapan bersama, makan tengahari bersama, jalan-jalan bersama. Nurin Umaira sangat terhibur, lebih lagi dengan gelagat Encik CEO yang selalu buat dia ketawa. Dia sangat baik dan tidak pula suka mengambil kesempatan.
           
Moga-moga dia ikhlas dengan perasaannya terhadap aku. Moga-moga juga dia tidak mempermainkan aku, kalau tidak memang jatuhlah maruah aku di mata kawan-kawan.
            
Hampir suku hari berlalu akhirnya tiba ke Tanah Tinggi. Pemandangan di sekitar Tanah Tinggi semuanya cantik-cantik.

Ada sahaja gelagat Encik CEO yan membuatkan Nurin Umaira ketawa. Entah banyak kali juga mereka bergambar. Nurin Umaira sangat terhibur, hatinya sekarang sudah berbunga-bunga suka. Sewaktu mereka berhenti untuk bersolat Zuhor sempat dia berdoa jika inilah jodoh dia, moga ianya berkekalan. Dia tidak pernah keluar berseronok dengan lelaki bukan mahramnya selain Izhan. Dia mahu Khairil Izhan yang pertama dan yang terakhir untuknya.
            
Khairina atau Qaireen ada menelefon, dan mengajak mereka makan malam bersama. Adik Encik CEO itu juga cantik dan manis orangnya. Dia tidak pernah sangka, Khairina dan Khairil Izhan itu adik-beradik.
            
“Khairina call. Ajak dinner. I cakap esoklah. Hari ni I busy dating dengan my sweet heart. Lagipun mana sempat nak turun. Dah nak malam ni. Kita check-in kat sini ya?”
            
Check-in?” Umaira tak salah dengar ke?
            
“I ingat nak ajak you pergi Cameron. Much better dari sini. Ok tak? Kita overnight kat Cameron. Or you nak kat sini saja?”
            
Both pun saya tak suka. Nak balik.”

Pening. Pening dibuatnya. Aduhai. Mana ada pakaian? Tak akanlah nak pergi shopping lagi. Umaira penatlah. Kenapa Khairil Izhan buat Umaira macam ni.
        
“I promise, esok pagi-pagi kita balik ok.”
            
Ini semua kerja gila. Dan Umaira dah gila dan hilang akal bila ikut sahaja cakap Izhan. Perbuatan mereka salah. Kalaulah mak dan ayah tahu. Abang long.. abang ngah, uda.. mahu teruk Umaira dimarahi.
            
Namun apa yang harus Umaira lakukan, bila Izhan sudah menuju ke lobi Colmar Tropicale Berjaya Hills.
            
“Mak.. kakak dah buat salah..”
            
Mengharap ada siang untuknya, dia berdoa agar dia dijauhi segala perbuatan terlarang. Dan mereka sekali lagi pergi membeli pakaian. Toiletries juga.

           
Kerja gila mereka hanya bersiar-siar menikmati keindahan malam di Bukit Tinggi. 



, ,

No comments:

Post a Comment