ilashukri.blogspot.com

Friday 29 September 2017

[ Bab 14 ] Dia Bukan Skandal


“JUMPA kat KL nanti ya. Dinner with me again? Monday?” Umaira mengangguk. Dia sudah memasuki keretanya bila pintu di tahan dari di tutup.
           
“Sunday maybe? You sampai KL petang ke? Date with me?”
            
“Okay.” Umaira mengangguk lagi dan tersenyum. “Saya call bila nak gerak balik KL.” Umaira pun nak sangat jumpa dia lagi. Lelaki itu sangat menyenangkan walaupun banyak perkara yang dia belum dapat pastikan tentang siapa sebenarnya lelaki kaya itu. Mestilah kaya, tengok keretanya, pakaiannya, dia bawa Umaira makanpun di hotel lima bintang. Bukan Umaira mata duitan tapi dah dia yang ajak, Umaira ikut sahajalah. Walaupun Umaira lebih suka makan di warung sahaja, makan kenyang tak payah nak protokol sangat.

Nurin Umaira sebenarnya suka bila melihat wajah merayu Mr. MMK untuk bertemu dia lagi. Jika dilihat dari gayanya, macam sungguh benar dia menyukai Umaira. Tapi itulah, bila sudah berpisah jarak, lelaki itu kadang gagal dihubungi. Lihat sahaja selepas pertemuan mereka itu, hanya sekali Mr. MMK menjawab mesej di WhatsApp kemudian dia terus offline. Manalah Umaira tak sakit hati dibuatnya.

Dan sekarang, Umaira sudah gerak balik ke KL, dia dah call, dia dah WhatsApp, semuanya tidak dapat dihubungi. WhatsApp pun hanya satu tick. Ini kalau Mr. MMK call memang Umaira nak lancarkan mogok. Umaira memang tak nak layan Mr. MMK dah. Dia ingat Umaira ni terhegeh-hegeh nak kan dia agaknya.

Jangan-jangan dia dah kahwin dan sekarang ada dengan keluarga dia. Mestilah tu. Confirm. Sebab itulah dia tak call Umaira langsung. Errmmm.. Kalau macam inilah, Umaira tak boleh biarkan hati Umaira terus sukakan encik Mamat Muka Ketat tu. Walaupun sekarang ini dia dah jadi Encik Mamat Muka Hensem. Nurin Umaira pasrah.

Oh Tuhan ku mahu yang terbaik
Terbaik buatku insan kerdil ini.

Mendengar lagu Terakhir di corong radio buat Umaira rasa bagaikan hendak menangis.

***

KHAIRIL Izhan rasa macam nak sepak sahaja meja di hadapannya. Punggungnya dilabuh kasar ke kerusi. Nafasnya berombak laju, wajah merah dek kerana marah yang tak terhingga.
          
“Kau dah kenapa, Khai?” Imran sahabat baiknya yang sudah sedia menunggu memandangnya dengan dahi berkerut. Kata tadi nak lunch bersama. Siap suruh Imran buat pura-pura call ada urusan penting.
          
“Mommy aku tu, aku serabut betullah, asyiklah suruh aku layan si Puteri tu. Puas aku cakap aku tak suka Puteri, aku TAK NAK kahwin dengan Puteri.” Perkataan tak nak itu ditekan dengan wajah bengis.
            
“Relakslah. Oh patutlah berapa hari ni susah nak cari kau. Call pun tak dapat. Lepas balik Jakarta kau terus senyap.”
            
“Haiqal mana?”
            
“Pengantin baru tu, mestilah berkepit dengan bini dia. Kalau dia datang, memang bertuah ah.” Imran tayang gigi. Haiqal baru dua minggu bernikah. Majlis resepsi di sebelah lelaki belum lagi dibuat.
            
“Turun flight aku terus hilang ke JB. Teruk aku kena bebel dengan mommy aku. Aku ni ada macam budak-budak ke? Aku dah besar kot, 20 tahun aku duduk London tu dia tak kisahpun hal aku. Ini ada hati nak control life aku.”
            
Air di hadapan Imran ditarik mendekat. Pantas dia menyisip teh ‘o ais ke tekak. Sejuk membasahi segala kepanasan hatinya. Imran di hadapannya menggeleng kepala.
            
“Kau pergi JB ada apa? Jumpa skandal kau ke?”
            
“Skandal?” Dia kerut dahi.
            
“Ialah, skandal kau, yang kat phone satu lagi tu.”
            
“Ha’ahlah. Phone aku.. kat kereta. Alamak… Hari ni hari apa?”
            
“Ahadlah. Haripun dah tak ingat.”
            
“Ya Allah, aku yang nak sangat date dengan dia, aku boleh tak on handphone tu. Aduh. Kau tunggu kejap. Orderkan air lagi.”
            
Khairil Izhan berlari ke kereta. Kalau tadi dia marah sangat dengan mommy dia, sekarang ini dia marah sangat dengan diri dia. Memang balik dari JB dia ada berbalas WhatsApp dengan Umaira, namun kemudian bila Puan Sri Maria dah mula sebok mengganggu, dia off handphone tu. Risau kalau Umaira call. Dia belum hendak perkenalkan Umaira pada keluarganya. Dia belum bersedia, dia tahu Puan Sri Maria pasti tak suka Umaira.
            
Dan bila dia dipaksa melayan Puteri terus dia terlupakan phone. Ah, maksudnya, dia juga terlupakan Umaira. Khairil Izhan.. sebenarnya kau suka atau tidak pada Nurin Umaira, kenapa tegar membuat gadis itu begitu?
            
Sebaik kembali ke tempat duduknya tadi, Imran sudah mengajukannya soalan.
            
“Kau sebenarnya sukakan skandal kau tu ke tidak?”
            
“Mestilah suka. Ni bukan setakat suka, aku memang sayang kat dialah.”
            
“Kalau sayang, tak akan kau boleh lupa. Dah berapa hari tak contact dia?”
            
“Lepas balik dari JB.”
            
“Woo! Dah lebih 5 hari beb. Kalau aku jadi awek tu confirm aku cari pakwe lain.”
            
“Kau boleh tak jangan tambah serabut aku?” Matanya dijegilkan memandang Imran. Sahabatnya itu hanya geleng kepala.
            
Walaupun dia ada rasa nak menumbuk muka Imran saat ini, namun bila difikirkan dalam-dalam memang benar apa yang Imran katakan. Jikapun Umaira sanggup menunggu dia, mungkin perasaannya sudah menipis.

Bunyi riuh rendah di kedai makan itu tidak diendahkan. Sengaja dia memilih untuk makan di kedai begini, dia tahu mata-mata mommy nya tidak akan datang untuk menjamu selera di situ. Rimas dia apapun yang dia buat, sekejap saja sampai ke telinga Puan Sri Maria.



, ,

No comments:

Post a Comment