ilashukri.blogspot.com

Friday 29 September 2017

[ Bab 13 ] Dia Bukan Skandal

BEBERAPA hari ini dia tidak dapat menghubungi Mr. MMK. Ada rasa resah yang mengganggu malamnya. Siang di waktu bekerja dia fokus pada tugas pejabat. Kerja seharian membuatkan dia lupa pada rasa di dalam hati, namun bila malam menjelma, dia mengharapkan panggilan atau pesanan dari lelaki itu.
            
Dia ada menghantar pesan, namun masih tidak dibaca. Dia ada juga cuba menelefon tapi hanya operator yang menjawab. Ah, runsingnya dia.
            
Hari ini masuk minggu ke dua dia bertugas di Nusajaya. Beberapa rekaan dalaman sudah siap 30%. Ada beberapa perabut dan wallpaper yang belum sampai dari supplier. Itu nanti akan diuruskan oleh team Encik Fikri.
            
Petang itu dia ingin pulang awal. Seawal jam 4 dia sudah minta diri untuk pulang. Hatinya yang tidak tenteram sejak kebelakangan ini harus dibelai. Dia ingin menemui beberapa orang rakan lama dan mengajak mereka keluar makan bersama.
            
Dia mencari remote kereta Myvinya di dalam beg tangan. Meraba-raba mencari. Sebaik bertemu dia mengangkat muka memandang keretanya. Tapi matanya beralih memandang kereta Audi R8 yang diparkir di sebelahnya. Macam pernah dilihat kereta itu. Ah, mungkin juga kepunyaan anak-anak orang kaya di area Nusajaya ni. Atau kerabat Di Raja Johor mungkin. Cuba untuk tidak mengendahkan kereta Audi tersebut, dia mendekati Myvi kesayangannya.
            
Cermin kereta Audi di sebelah penumpang terbuka dan dia terdengar namanya dipanggil.
            
“Umaira.” Dia menoleh. Hampir nak terjerit melihat wajah yang sedang tersenyum memandangnya. “Sini.” Tangan dilambai menyuruh Umaira masuk ke dalam kereta. Ishk. Umaira geleng kepala. Kemudian pandang kiri kanan, risau pula kalau ada yang melihat. Bukan apa, bukan Umaira nak rahsiakan persahabatan mereka, cuma sebabkan Umaira belum kenal lagi siapa sebenarnya lelaki itu.
            
“Puteri Harbour?” Umaira mengangguk dan memasuki kereta Myvi nya. Sebenarnya jauh di sudut hatinya dia suka dengan kehadiran mengejut lelaki itu. Nanti dia akan bertanya kenapa seminggu ini lelaki itu menyepi, langsung tiada khabar. Suka buat Umaira tertunggu-tunggu. Dan hari ini tiba-tiba dia muncul di hadapan mata.

Umaira melangkah ke sebuah gazebo. Dia terhibur melihat gelagat beberapa pasangan yang sebok bergambar. Tapi hatinya lebih terhibur melihat seorang lelaki yang datang menghampirinya. Segak lelaki itu dengan kemeja biru air laut yang lengannya sudah dilipat hingga ke paras siku.
            
“Hai sayang..” Tegurnya, buatkan muka Nurin Umaira tiba-tiba menjadi panas dek kerana malu. Orang putih kata, blushing. Oh la, Nurin Umaira memang sudah jatuh hati dengan lelaki kacak ini. Dia panggil Umaira sayang? Rasa nak pengsan.
           
Miss me?”
            
Tak mampu hendak menjawab soalan itu, Umaira hanya tersenyum. Lidahnya kelu hendak menjawab walaupun hatinya meronta untuk menyatakan ‘ia, sangat rindu’ tapi dia harus menjaga maruah dirinya. Keluar berdua beginipun dia rasa tidak sepatutnya. Bagaimana kalau ada yang nampak? Kalau lelaki ini suami seseorang, bukankah ianya akan jadi masalah besar nanti.
           
I assume that smile tu untuk jawapan, YES, miss you like crazy. Right?”
            
Dengan kening yang dijongketkan, dengan bau haruman perfume dia yang sangat menusuk hidung, Ya Allah, boleh khayal Umaira dibuatnya. Rasa bagai nak dicium-cium dan dipeluk erat lelaki tegap yang berdiri di hadapannya itu. Umaira tertawa kecil. Tidak tahu tertawa untuk soalan Mr. MMK atau kepada perkara yang sekarang ini terlintas di kepalanya.
            
“Ingatkan dah lupa saya.”
            
“Ishk, mana boleh lupa. Sorry, outstation lima hari ke Jakarta. Turun flight terus ambil kereta drive sampai sini. Nak tengok you depan mata baru hilang rindu. Umaira, kahwin dengan I nak tak?”
            
Dia ajak aku kahwin? Oh my.. betul ke?       

“Awak ingat saya ni anak ayam ke? Ajak kahwin macam tu je? Selagi awak tak beritahu nama awak, jangan harap nak lebih-lebih ya.”

“Kalau beritahu nama, boleh terus kahwin?”

“Eh taklah. Ada banyak syarat lagi.”

“Errmm.. You list kan syarat you dulu, baru I beritahu nama I.” Dia tertawa. Tawanya pun merdu menyapa telinga. Ah. Dah angau kau ni Umaira.

Mereka menghabiskan petang dengan menikmati pemandangan indah di situ. Sempat juga mereka mengambil gambar bersama. Wefie kata orang sekarang. Umaira sangat terhibur, hilang segala resah yang menganggunya saat lelaki itu gagal dihubungi. Banyak juga yang diceritakannya, namun apa yang Umaira perasan lelaki itu tidak pernah bercerita tentang keluarganya mahupun tentang kerjanya. Seperti ianya sesuatu yang sangat dirahsiakan.

Dari bersiar-siar mereka kini sudah duduk berhadapan di hotel bertaraf lima bintang Somerset Puteri Harbour. Bagaikan terpukau Umaira hanya mengikut ke mana sahaja di bawa Mr. MMK. Umaira bukan jenis yang sukakan kemewahan. Namun saat ini dia seolah sedang menelan kata-katanya sendiri.

Hidangan yang tiba di meja cukup menyelerakan namun bagi Umaira dia sudah kenyang dengan hanya memandang wajah lelaki itu. Walaupun dia hanya mencuri pandang sekali-sekala, maklumlah malu masih menebal di dalam dirinya tapi sudah cukup buat dia tertawan.

Dan Mr. MMK pula asyik menghadiahkan dia senyuman setiap kali mata mereka bertembung. Ah, sungguh gelaran Mamat Muka Ketat sudah tidak sesuai buatnya. Sekarang ini harus ditukar kepada Mamat Muka Hensem.

“Umaira, ulang alik ke dari rumah ke ofis?”

Dia hanya mengangguk, menunduk perlahan menguis spaghetti di pinggan. Makan? Ah malulah, nak buka mulutpun rasa janggal, lagilah dia boleh nampak mata Mr. MMK asyik memandang dia.

“You dah tak ada suara eh?”

“Eh, adalah.” Gelas di sisi dicapai. Nak menghirup air di straw pun dia rasa malu. Mana tahu tergelojoh, tersedut laju, mana hendak diletak muka. Sudahlah Umaira selalu terikut cara abang-abangnya minum air, langsung tak ada ciri-ciri wanita idaman.

“You ada nak tanya I apa-apa ke? Dari tadi muka tu macam ada soalan nak tanya.”

“Ah, banyak sangat.” Okay untuk yang ini Nurin Umaira teruja. Dia tanpa silu mengangkat wajahnya dan memang banyak soalan nak diajukan.

“Miss Clumsy, makan tu comotnya.” Dia ternganga mulut saat jari Mr. MMK tanpa isyarat terus menyapu sisa sos spaghetti di hujung bibirnya.

Sorry, sorry Umaira. Tak sengaja, diluar kawalan.” Kedua tangannya diangkat. Dia nampak lelaki itu mengeluh, mungkin betul dia tak bermaksud nak buat begitu. Tapi ianya memang sesuatu yang janggal.

“Mesti dah biasa buat kat orang lain, kan? Awak dah ada isteri ya?” Tiba-tiba sahaja Umaira boleh keluarkan soalan itu. Matanya tajam merenung Mr. MMK di hadapannya.

“Belum. I bujanglah. Memanglah umur dah lewat sikit, tapi I bujang. Sumpah, I bujang. Itu first time I buat macam tu, sebab I rasa you ni special girlfriend I. Sorry, I tak sepatutnya pegang. Tapi I jeles, macam-mana sos tu boleh sebok duduk kat bibir you, I pun tak pernah rasa lagi.. Auchh, Umaira!” Belum sempat ayatnya dihabiskan kakinya sudah ditendang Umaira. Hampir terjerit lelaki itu. Padan dengan muka dia. Suka nak cakap macam tu, tak tahu ke yang Umaira dah malu ni.



, ,

No comments:

Post a Comment