ilashukri.blogspot.com

Saturday 5 August 2017

[ Bab 11 ] Dia Bukan Skandal


DIA sukakan Nurin Umaira. Dia yakin dengan perasaan yang Allah kurniakan pada dia saat ini. Bagaimana saat ini dia sangat rindukan gadis itu. Ingin sahaja dia ke Johor dan menemui gadis itu, agar rasa rindu yang menyakitkan ini segera hilang.

Dia juga sudah tiga kali menelefon, namun panggilannya tidak dijawab. Ini memang menambahkan lagi sakit rindunya. Ah, jika tidak dapat melihat wajahnya, cukuplah jika dapat mendengar suaranya.

“Nurin Umaira, I love you.” Berkali-kali dia menuturkan kata-kata itu. Matanya yang tidak boleh lelap, hanya memandang siling biliknya. Tangan kanan memegang dadanya, tangan kiri mengenggam erat handphone. Ada rasa sakit di dadanya, sakit rindu yang begitu menyeksakan.

Dia akui benar bak kata peribahasa Melayu, ‘Makan tak kenyang, mandi tak basah.’ Dia sedang lalui perkara itu sekarang. iPhone nya bergetar, bagai ada kuasa elektrik dia terus bangun dan duduk bersila di katil. Nama Miss Clumsy tertera di skrin, tanpa berlengah butang hijau ditekan.

“Assalamualaikum..” Suara yang dinanti memula bicara.

“Waalaikumussalam..” Dia cuba mengawal tonasi suaranya. Jadi lelaki kena kental, tak boleh tunjuk kita lembik kerana perempuan.

“Hai awak. Sorry tak jawab call tadi. Keluar makan dengan family, nanti dia orang banyak tanya.” Oh, patutlah dia tak jawab call.

“Kenapa? Malu ke nak beritahu your family I ni boyfriend you?”

“Eh, bila pula awak jadi boyfriend saya?”

“Umaira… I ingat I dah officially jadi your boyrfriend. You dah ada lelaki lain ya? Izzuwan?” Bengang betul dia dengan lelaki bernama Izzuwan itu, kalau dia pecat Izzuwan esok, agaknya boleh tak?

“Saya belum pilih sesiapapun. Sekarang ni, macam mana nak jadikan awak tu boyfriend sedangkan nama awakpun saya tak tahu? Awak kerja department mana, floor berapa. Saya perlu tahu semua tu, sebab saya tak suka berahsia tentang boyfriend saya. Saya tak nak orang cop saya sebagai skandal, perempuan simpanan, perampas or apa sahajalah.” Sedikit terkesan Khairil dengan kata-kata Umaira. Bagaimana hendak dia berterus-terang yang dia adalah CEO Mega Holdings, waris lelaki tunggal billionaire Tan Sri Sufrie? Sudikah Umaira menerimanya kalau dia tahu siapa sebenarnya dia, yang sedang diketahui umum akan bertunang dengan Puteri, anak Datok Zamri?

“Nama tak penting, yang penting hati. I sukakan you, I ikhlas.”

“Ikhlas tu kan hanya Allah sahaja yang boleh tentukan.”

“Ya, tapi I tahu hati I, I really in love with you. Kalaulah boleh I nak you terus jadi my wife. Boleh I masuk meminang you, Umaira?”

Hanya diam dan deruan nafas yang kedengaran sekarang. Diam Umaira buat Khairil faham sesuatu, gadis itu belum bersedia menerima kehadirannya. Dia perlu lebih berusaha untuk memenangi hatinya. Mungkin sebab mereka baru sahaja kenal. Dan baru sekali bertemu janji.

Thanks for the flower. Kecoh satu ofis tadi.”

“I macam orang gila tunggu you WhatsApp, you dapat ke tidak bunga dari I. Sorrylah buat kecoh ofis you tadi.  Ada orang jeles ke?”

“Maunya tidak. Pening saya nak jawab. Sampai merajuk-rajuk.”

“Habis you pujuk dia?” Tergesa-gesa bertanya. Sakit hatinya mendengar ada yang merajuk kerana bunga yang dihantar.

“Eh, tak kuasa. Awak kalau nak kenal saya, tak payah bagi bunga semua tu, saya tak suka. Saya tak boleh move on dengan lelaki yang suka bagi saya macam-macam, saya bukan materialistic. Saya tak suka restoran mewah, saya tak suka dimanjakan. Saya nak lelaki yang jujur sukakan saya. Eh.. sekejap, kenapa saya kena beritahu awak eh?”

“Sebab you pun sukakan I, kan Umaira? Mengaku sajalah.”

“Okaylah. Dah lewat saya nak tidur. Esok nak kena report duty kat Nusajaya.” Sebenarnya Umaira dah malu sendiri.

“Nanti I upah bodyguard untuk jaga you ya.”

“Kan tadi saya dah kata saya tak suka semua tu?”

“Okay, okay fine. Sorry my mistake. Esok pagi boleh call lagi?”

“Kalau saya free saya call.”

“Tunggu you call, macam tunggu bulan jatuh ke riba.”

“Nak kawan dengan saya kena jadi seorang yang penyabar.”

“Baik princess. Sweet dream kay, sleep tight.”

“Awak juga. Okay, Assalamualaikum..”

“Wa’alaikumussalam… Eh, Umaira wait!”

“Errmmm..”

I miss you. Really miss you. Sayangku Nurin Umaira, I love you. Kay, bye.”        

Terus menekan butang merah. Ah, Khairil Izhan malu sendiri. Terus sahaja wajah jelita Nurin Umaira bermain di matanya. Gadis itu cukup sempurna, matanya yang redup, hidungnya yang mancung, dan pipinya yang membulat bila dia tersenyum sangat memikat. Dan bibir yang selalu menguntum senyum itu yang membuatkan Khairil Izhan tergilakan dia.

Tak pernah Khairil Izhan buat perangai begini, dia bukan tidak pernah ada teman wanita sebelum ini, namun dia akui Nurin Umaira ada aura yang tersendiri. Kalau tidak kerana insiden gadis itu terlanggar badannya, dia mungkin tidak mengenali gadis itu. Semua itu telah diatur Allah untuk mempertemukan dia dengan seoarang gadis bernama Nurin Umaira.

Ya memang dia menyuruh Helmi memerhatikan Umaira. Mengambil gambarnya secara senyap dan mengikuti gadis itu sampai ke rumah. Dia hanya ingin mengenali Nurin Umaira, dia ingin tahu tentang gadis itu, sebab dia sudah tersuka tanpa sengaja.

‘Ah, kalau orang nak kata dia skandalpun aku peduli apa. Aku akan pastikan Nurin Umaira menjadi milik aku seorang, walau terpaksa berkeras dengan mommy.’

Dia membelek gambar Nurin Umaira yang diambil curi oleh Helmi. Kasihan PA nya itu, baru seminggu bekerja dengannya, sudah disuruh mengintip perempuan.



[ Bab 12 ] Dia Bukan Skandal
, ,

No comments:

Post a Comment