ilashukri.blogspot.com

Wednesday 2 November 2016

[ Bab 4 ] - Dia Bukan Skandal


KHAIRIL Izhan tidak senang duduk. Ada rindu yang bertandang di hatinya. Ah, sakitnya rindu itu tidak dapat untuk dia gambarkan. Segala apa yang dia buat jadi serba tidak kena. Betullah seperti pepatah melayu, makan tak kenyang, mandi tak basah. Di matanya, di pandangannya hanya ada Nurin Umaira.

Hatinya sakit setiap kali melihat Nurin Umaira bermesra dengan rakan sepejabatnya. Ada cemburu yang mengganggu setiap kali dia terlihat gadis itu sedang berbual dan tertawa, walaupun dengan teman serumahnya sendiri. Ah, dah parah dah Khairil Izhan. Sakit jiwa kacau yang kronik.

Lama dia menunggu di hadapan pintu lif mengharap lif akan segera ke tingkatnya. Mungkin sebab sudah waktu balik kerja, ramai yang menggunakan lif untuk turun ke lobi. Penat menunggu dia menghayun langkah lesu ke arah tangga. Daun pintu dikuak, hanya tiga tingkat di atas sahaja untuk sampai ke surau. Dia mengatur langkah perlahan, menaiki anak tangga setingkat demi setingkat.

Sebaik dia menjenguk kepala ke tingkat surau, dia melihat seseorang sedang berjalan sambil menunduk, asyik memandang handphone di tangan. Senyum senget terlakar di bibir. Dia kenal gerangan yang berjalan di hadapannya saat itu. Dia mengikuti dekat, perlahan dan tidak berbunyi. Karpet lantai yang sedikit tebal, langsung tidak terdengar bunyi derapan kasut.

“Ehemm!!” Dia berdehem kuat. Sengaja, dengan niat mengusik.

Langkah gadis di hadapannya terhenti. Dia yang mengikuti dekat tidak dapat mengelak terus terlanggar gadis itu. Sempat lengan gadis itu dia sambar, jika tidak mau sudah tersungkur ke hadapan.

“Auchh! Maaf.” Gadis itu berusaha berdiri tegak, walau nampak agak susah.

“Eh, awak?” Si gadis di hadapan sudah bulat mata.

“Kalau berjalan tu, mata biarlah pandang depan, bukan pandang handphone. Clumsy.” Khairil Izhan dengan gaya mamat muka ketat.

“Eh, seluas-luas kawasan, yang pergi jalan belakang saya tu dah kenapa? Ada niat tak baik ke?” Mata gadis itu terjegil memandangnya.

“Kalau tau tadi I biarkan you jatuh macam nangka busuk. Orang dah tolong tak berterima kasih.” Muka menyampah dipamer.

“Maaf, terima kasih ya.” Si gadis cuba melakar senyum.

Welcome.” Sepatah menjawab dia terus meninggalkan gadis itu terpinga sendirian. Dengan senyum yang masih mekar di bibirnya, dia terus memasuki surau lelaki. Dia tahu mesti gadis itu sedang menyumpah-seranahnya.

Aduhai, Nurin Umaira, kenapalah comel sangat. Tawa Khairil Izhan dalam hati. Dia rasa seronok dapat mengusik Nurin Umaira, dia juga terhibur bila di gelar gadis itu, mamat muka ketat. ‘Dia belum kenal lagi siapa aku, nanti kalau dah kenal, baru dia tahu, siapa Khairil Izhan sebenarnya.’ Bisik hatinya.

Geram. Ia, Nurin Umaira sangat geram sekarang ini. Dia menarik nafas dalam, beristighfar di dalam hati.  Kenapa mesti terjumpa mamat tu lagi? Dalam ramai-ramai pekerja di bangunan ni kenapa mesti dia? Benci! Jerit hatinya. 



, ,

No comments:

Post a Comment